Pokok Kurma Dilarang Untuk Dibawa Masuk Ke Malaysia Kerana..
PUTRAJAYA: Pokok yang buahnya yang menjadi pilihan umat Islam apabila tiba musim Ramadan iaitu pokok buah kurma dilarang untuk dibawa masuk ke negara ini kerana menurut kajian pihak Pertanian Malaysia, pokok ini adalah perumah utama perosak tanaman iaitu kumbang merah palma (RPW)
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, kemasukan RPW ke negara ini didapati berlaku melalui kemasukan secara tidak sah pokok kurma yang dicemari perosak tersebut.
Sehingga kini, pihak pertanian telah mengesan pokok-pokok kurma ditanam di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai tanaman hiasan di kawasan hotel, pejabat dan halaman rumah.
"Kita tidak pernah mengeluarkan mana-mana permit kemasukan pokok kurma atau pengimportan apa-apa tanaman palma," katanya dipetik dari laporan Bernama.
Katanya, usaha kini sedang dilakukan termasuk bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia untuk menghalang sebarang kemasukan baru pokok kurma ke negara ini. - Siakapkeli.my