Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tingkatan Berjaya Lolos Dari "Van Putih"

21 Okt 2015
Gambar Hiasan
SUNGAI PETANI - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah agama di sini mendakwa dia nyaris diculik oleh tiga lelaki di hadapan sekolahnya kira-kira jam 4.15 petang pada Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zuir Md Isa, mangsa yang berusia 13 tahun berkata, dia ditarik oleh dua lelaki masuk ke dalam sebuah van putih yang dipandu oleh seorang lagi suspek.

"Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat.  

"Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli keluarganya," katanya memetik laporan Sinar Online.

Selain itu, sewaktu ditangkap, mangsa juga berkata dia tidak diugut atau dicederakan oleh suspek namun suspek ada memberitahunya dia akan dibawa ke Thailand.

Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. maknanya pihak polis berbohong ke selama ni? sbb sblm ni pihak polis ada mengatakan bahawa perkara ni tak pernah berlaku?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "