Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyanyi Ditahan Miliki Pistol

21 Okt 2015

KUALA LUMPUR, 21 Okt - Seorang penyanyi sebuah kumpulan musik yang popular pada tahun 90-an dan juga peserta sebuah rancangan realiti ditahan kerana dipercayai meiliki pistol angin di Kampung Chubadak, Sentul, pada awal pagi tadi.

Penyanyi yang berusia 46 tahun itu ditahan selepas unit cawangan pencegahan jenayah menemui kenderaan suspek; Proton Gen 2; dpandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, R Munusamy, suspek ditahan pada jam 1.45 pagi tadi.

"Pemeriksaan menemui sepucuk pistol angin berwarna hitam jenis Walther CP99," katanya.

Tambahnya lagi pistol terbabit dijumpai di atas tempat duduk pemandu di bahagian kiri.

"Suspek mengaku pistol itu adalah miliknya," katanya memetik laporan Sinar Online.

Semakan pada rekod lampau juga mendapati suspek pernah terbabit dalam satu kes dadah pada 2004.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "