Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Orang Asli Hilang : Polis Ambil Rakaman Percakapan Mirsudiar, Norieen

19 Okt 2015
No Comment


KOTA BHARU - Berikutan kes kehilangan 7 pelajar orang asli SK Tohoi baru-baru ini, pihak polis telah mengambil rakaman percakapan dua pelajar yang dijumpai selamat iaitu Mirsudiar Aluj, 11 dan Norieen Yaacob, 10.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, dua oran gpelajar terbabit yang kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II menunjukkan perkembangan positif.

Rakaman percakapan kedua-duanya, kita sudah ambil bagi membolehkan kita mendapat gambaran sebenar mengenai kisah yang berlaku.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh mendedahkan rakaman percakapan itu,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Ibu Noreen, Midah Angah berkata anaknya kini semakin positif namun ketika diambil keterangan masih menangis dan trauma dengan kejadian.

Semalam semasa saya menemani Norieen dan Mirsudiar ke Pusat Sokongan Rakaman Keterangan Kanak-Kanak (CIC) Kota Bharu untuk diambil keterangan, mereka menangis mungkin masih takut dan trauma dengan kejadian tersebut.

Saya tengok dia menangis ketika disoal polis dalam sesi tersebut yang berlangsung hampir tiga jam,” katanya.

Midah juga memberitahu Noreen kini masih lagi kurang bercakap.

Norieen suka tengok filem Hindustan di telefon bimbit saya dan dia sukar untuk tidur pada waktu malam.

Mengenai kehilangan seorang lagi anak saya, Haikal, buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan positif namun mengharapkan rangka kedua yang ditemui pada 8 Oktober lalu adalah miliknya,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "