MH17 : Malaysia Sangkal Dakwaan Tak Beri Kerjasama
KUALA LUMPUR - Malaysia menyangkal dakwaan dari Australia News Corp yang melaporkan Malaysia gagal bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam proses penyiasatan MH17.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia bukan sahaja memberi kerjasama malah turut melakukan banyak usaha serta bekerjasama rapat dengan lembaga terbabit.
"Saya kecewa dan sedih mendengar berita seperti ini kerana Malaysia telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu.
"Memandangkan laporan akhir menyebut dengan jelas bahawa Malaysia telah memberi kerjasama penuh... maka, adalah tidak benar untuk mengatakan Malaysia tidak memberi kerjasama penuh kepada DSB. DSB mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kami," katanya memetik laporan dari Bernama. - Siakapkeli.my