Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Budak Jual Ulam Dapat Perhatian JKM

21 Okt 2015
No Comment

IPOH: Kisah budak yang menjual ulam, Mohammad Hafiz Ismail, yang sebelum ini menjadi viral di media sosial telah mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai JKM daerah Kinta Utara, Noor Hanizah Zulkafli berkata kanak-kanak tersebut yang berusia 12 tahun dipercayai bukan berasal dari Perak dan dia kini dikatakan tinggal bersama seorang wanita yang dikatakan ibunya, Zuraida Zakaria, 28 tahun.

Menurutnya, pihaknya mendapati keluarga Hafiz mempunyai sedikit permasalahan berikutan status hubungan ibu bapa kandung adik Hafiz masih belum dapat dikenalpasti.

Kita memikirkan keselamatan kanak-kanak ini sebab kita tidak tahu dia berasal daripada mana. Mungkin beliau daripada negeri lain dan mungkin  ada keluarga. Kami akan berhubung dengan pihak JKM negeri yang berkaitan untuk lihat sama ada ada kehilangan kanak-kanak dan sebagainya. Itu tindakan awal daripada JKM yang boleh saya maklumkan,” kata beliau memetik laporan Astro Awani.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "