Polis Siasat Dakwaan Isu Pelancong Bogel di Pulau Sibuan
Semporna: Setelah sekian lama isu pelancong tidak kedengaran, kini isu tersebut timbul kembali setelah beberapa gambar b0gel yang dipercayai pelancong asing yang dikatakan dirakam di Pualau Sibuan menjadi viral di media sosial.
Gambar tersebut memaparkan beberapa individu yang melibatkan lelaki dan juga perempuan.
Rakaman gambar itu juga menunjukkan sekumpulan lelaki berbogel manakala wanita beraksi dalam keadaan separuh bogel.
Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, pihak polis menerima maklumat mengenai penyebaran gambar tersebut beberapa hari lalu dan masih lagi menyiasat sama ada foto itu benar-benar dirakam di Semporna atau sebaliknya.
"Polis akan meminta kerjasama Taman-Taman Sabah (TTS) dan pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan foto ini kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya ketika dihubungi, hari ini. - Siakapkeli.my