KPN Nafi Dakwaan FBI Jalankan Siasatan Terhadap 1MDB & Najib
KUALA LUMPUR, 3 Okt - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan bahawa pihak FBI Amerika Syarikat telah memulakan siasatan terhadap kes 1MDB dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.
"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," katanya memetik laporan dari Bernama.
Selain itu, Khalid juga menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkenaan perkara itu supaya berhubung terus dengan FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan di laman media sosial semata-mata. - Siakapkeli.my