Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Bimbang Dengan TPP - Mohamad Hasan

25 Okt 2015
No Comment

SEREMBAN, 25 Okt - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta orang ramai supaya jangan terlalu bimbang dengan perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPP) kerana perjanjian tersebut bukan satu sistem yang membebankan rakyat.

Menurut beliau, perjanjian TPP diyakini akan membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan kepada negara.

Tambah beliau lagi, Malaysia akan menerima manfaat besar dari TPP kerana negara ini banyak bergantung kepada perdagangan serta pelaburan asing.

Kita jangan terlalu emosional memikirkan kepada sudut negatif kerana itu akan memburukkan keadaan.

TPP adalah satu kelebihan kepada negara, jika negara kita menganggotainya sekalipun, rakyat  tidak perlu khuatir kerana sebagai sebuah negara yang kecil dan tidak mempunyai ekonomi domestik yang besar, ini satu peluang terbaik,” katanya memetik laporan Sinar Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "