Isteri Kongsi Sikap Sebenar Ajak Shiro Apabila Bersama Keluarga
Kita selalu melihat aksi ajak Shiro di kaca tv dengan aksinya yang mencuit hati dan tidak kurang juga dengan lakonan-lakonannya dalam drama yang memegang pelbagai watak.
Tapi tahukan kita bagaimana perangai sebenar pelawak terkenal ini dirumah bersama keluarga.
Isteri kepada pelawak ini, Afifah Amin telah mendedahkan sikap sebenar suaminya ini yang sungguh penyayang dan banyak menghabiskan waktu bersama keluarga.
Luahan hati yang cukup sweet ini didedahkan Afifah di dalam laman Instagramnya bersama sekeping gambar menunjukkan Ajak sedang memangku anak bongsu mereka, Nada Soffea sambil makan dan menyusu anak dalam satu masa.
Berikut adalah kepsyen yang ditulis Afifah bersama gambar,
“Nie citer semalam, susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi.
“Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat.tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet.
“Kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah..Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba.
“Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.
“Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah...terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.” tulisnya.
Romantikkan pasangan suami isteri ini, ia menunjukkan betapa dalamnya cinta Ajak terhadap dirinya dan jugak anak-anak mereka.
Malah, luahan hati Afifah yang menyatakan "syukur kepada Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini" menunjukkan betapa dia rasa bertuahnya dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.
Sementara itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan-ucapan sweet peminat Ajak yang mendoakan kebahagiaanya mereka sekeluarga.
Kami di Siakapkeli mendoakan pasangan ini kekal bersama dan bahagia sehingga ke akhir hayat. - Siakapkeli.my