Culik Kajang: Polis Bebaskan Pemandu Teksi Selepas Puas Hati Dengan Siasatan
Shah Alam: Pihak polis hari ini telah dibebaskan pemandu teksi yang telah menghantar pulang kanak-kanak yang diculik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan bon polis, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
BACA: Culik Kajang : "Saya Jumpa Dia Merayau Tepi Jalan" - Abang Nizam
BACA: (Video) Kanak-Kanak Diculik di Kajang Berjaya Disatukan Semula Dengan Keluarga, Terima Kasih Kepada Abang Nizam
Menurutnya, pemandu yang dikenali sebagai Nizam berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.
"Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan," katanya dipetik dari Harian Metro.
Pada 9 Oktober lalu, menjadi viral di laman sosial kisah seorang kanak telah diculik oleh dua orang lelaki didepan ibunya sendiri ketika hendak dihantar ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua, 9 pagi.
Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria. - Siakapkeli.my
Kenapa sampai seminggu di reman kesiannya abam teksi tu tak pasal pasal dok balai kena siasat tak kira siang ker mlm..... Mcm mana keluarga nya kan........
BalasPadamPendapatan dah lah ciput.... Kesian.... Yang merompak berjuta ringgit relex aja boléh jalan pusing dunia hiiii