Tuah Wajah Mirip Obama
GUANGZHOU, CHINA - Hanya kerana wajahnya yang seiras dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, seorang lelaki menjadi popular di China.
Lelaki tersebut, Xio Jigua mula menjadi popular apabila videonya yang sedang menyanyi dimuat naik oleh salah seorang rakannya pada 2012.
Populariti Jigua, 29, kini dilihat semakin meningkat setelah dia sering kali dijemput oleh stesen televisyen tempatan untuk membuat persembahan pentas, sitkon dan rancangan TV.
"Selain merapikan kening, saya hanya memerlukan baju kemeja, tali leher dan kod hitam untuk meniru gaya pemimpin itu," katanya memetik laporan Sinar Online.
Jigua juga kini sedang mendalam bahasa Inggeris dan cara percakapan Obama untuk menjiwai karakter Obama.
Menurut laporan dari Global Time, Jigua membuat pembedahan plastik untuk menjadikan wajahnya mirip dengan Obama. - Siakapkeli.my