Rita Rudaini 'Bahasakan' Mak Datin Dalam Pesawat
Gara-gara ditengking oleh seorang wanita yang berpangkat Datin, artis Rita Rudaini memuatnaik satu posting di laman Instagramnya sebagai tanda geramnya.
Kejadian berlaku apabila salah seorang anak Rita yang sedang tidur tertendang kerusi hadapan mereka yang diduduki oleh Datin berkenaan.
Ia menyebabkan wanita itu naik angin dan meninggikan suara kepada Rita.
"Mcm ni keadaan anak-anak bila dah letih atas flight dgn nk menempuh 13 jam penerbangan.. apa2 pon kami tetap selesa dgn MAS.. tp yg XSELESA nya manusia MELAYU BELAGAK dpn seat aku ni (sori ckp AKU sbb geram) dpn aku ni satu family, lakinya aku difahamkn pangkat dato kerja brjawatan bos (YG PENTING BUKAN CEO) di salah sebuah syarikat suratkhabar bahasa malaysia terkenal di negara kita (xpyh sebut nama nnti org kenal,glamer plak)… dorg duduk 3 beranak dpn aku, bini, ank ppn n lakinye… bini dia ble TENGKING aku dgn kasarnya sambil bgn n pusing belakang dan tuding2 kt aku dgn bongkaknya ‘PLS ASK UR KIDS DONT KICK MY SEATTT!!!," demikian memetik kapsyen posting Rita. -Siakapkeli.my