Menu Makan Tengah Hari Terakhir Kapal Titanic Untuk Dilelong Mencecah RM300 ribu
Siapa sangka menu makan tengah hari yang berjaya diselamatkan dari kapal Titanic boleh mencecah nilai sehingga hampir RM300,000 apabila dilelongkan kelak.
Menu yang kini dikelaskan sebagai artifak bersejarah merupakan menu makan tengah hari terakhir sebelum kapal berkenaan karam pada 15 April 1912.
Ada beberapa menu mewah, antaranya potted shrimp, soused herring dan chicken galantine.
Abraham Lincoln Salomon merupakan salah seorang penumpang kapal berkenaan yang berjaya menyelamatkan menu berkenaan apabila diselamatkan ketika kejadian itu. -Siakapkeli.my