Mungkin ramai di kalangan kita tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan seharian anak raja yang rata-ratanya digambarkan dengan gaya hidup ada kelas dan formal.
Namun jangan terkejut jika anda lihat sendiri bagaimana perbualan tiga anakanda Sultan Johor yang saling sakat-menyakat di antara satu sama lain di laman Instagram.
Tindakan Tun Aminah memuatnaik sekeping gambar di laman sosialnya yang ketika itu sedang makan bersama beberapa temannya akhirnya mengundang 'padah' apabila dibahan oleh adik-beradiknya, iaitu Tunku Jalil dan Tunku Idris.
"Penat-penat aku masak tunggu dia sampai. Rupanya makan luar! Thanks @tunku_tun_aminah," demikian memetik sebahagian perbualan mereka.
Rata-rata pengikut Tunku Aminah di Instagramnya menyifatkan gurauan kasar mereka adik-beradik sebagai 'sporting'. -Siakapkeli.my