Chandra Bahadur Dangi, yang direkodkan sebagai manusia paling rendah di dunia dilaporkan telah meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Berusia 75 tahun, Dangi mengidap radang paru-paru dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Lyndon B. Johnson Tropika di Pago Pago.
Dangi sebelum ini memiliki ketinggian hanya 1 kaki 9.5 inci ketika berdiri.
Setakat ini dia masih memegang rekod manusia paling rendah di dunia selepas menewaskan Gul Muhammed yang berketinggian 1 kaki 10.5 inci. -Siakapkeli.my