Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kedudukan Dollah Salleh Sebagai Jurulatih Skuad Kebangsaan Akan Diumumkan Petang Ini?

4 Sep 2015
No Comment


Pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Dollah Salleh, hari ini dikhabarkan telah menyuarakan keinginannya untuk meletak jawatan selepas skuad Malaysia di bawah kendaliannya telah dikalahkan oleh UAE 10-0  malam tadi dalam aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.

Memetik laporan Stadiumastro.com, keputusan ini dibuat selepas skuad Harimau Malaya telah mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Keputusan rasmi perletakan jawatan Dollah dijangka akan diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dato’ Hamidin Mohd. Amin lewat petang ini.

Berdasarkan laporan juga, jika Dollah meletak jawatan ia mungkin diambil alih oleh Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih sementara.

Sementara itu, memetik laporan di laman web rasmi FAM, ketika ditanya mengenai keputusan meletak jawatan, Dollah berkata "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini." kata Dollah pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam perlawanan kelayakan piala dunia berkenaan, Malaysia yang menghuni ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

‎Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 September ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "