Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

NGO Persoalkan Siapa Hadi Awang Sampai Gambarnya Tidak Boleh Dipijak

4 Sep 2015
No Comment

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Lawyers for Liberty hari ini mempertikaikan siapakah Hadi Awang sehingga gambarnya tidak boleh dipijak.

Mereka tampil mengeluarkan kenyataan ini selepas ramai pihak telah membangkitkan perkara ini selepas video peserta perhimpunan BERSIH memijak gambar muka Presiden PAS berkenaan dan Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak tersebar.

Menurut Eric Paulsen yang merupakan Pengarah Eksekutif  NGO berkenaan, di dalam undang-undang Malaysia tidak ada satu pun perkataan khas yang mengangkat Perdana Menteri atau Abdul Hadi kepada status istimewa yang kebal celaan dan mendapat mandat untuk menjadi orang yang dilindungi.

“Status mereka disisi undang-undang adalah sama dengan rakyat biasa dan mereka sepatutnya dilayan sama rata seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya dipetik Astro Awani.

Selain itu Eric juga memberitahu bahawa tindakan memijak gambar ulama PAS berkenaan bukanlah satu tindakan jenayah dan perkara ini hanyalah satu perkara yang remeh di mana ia seharusnya perlu dipedulikan oleh pihak polis.

"Bantahan seperti memijak gambar Hadi dan Najib bukan sesuatu yang luar biasa kerana terdapat banyak bantahan yang sama dilakukan." katanya lagi.

Kerana itu beliau menyarakan agar pihak polis bertindak secara profesional, adil dan cekap dalam memelihara undang-undang, ketenteraman awam, mencegah dan mengesan jenayah sebenar daripada mengambil peduli ucapara memijak-mijak gambar Presiden PAS. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "