Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perhimpunan BERSIH Adalah Tidak Sampai 1% Pun Suara Rakyat Malaysia - Azalina

4 Sep 2015
One Comment

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 yang dianjurkan baru-baru ini di Kuala Lumpur sebenarnya merupakan suara yang tidak sampai 1% pun rakyat Malaysia.

Beliau berkata  peserta demontrasi berkenaan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang seramai 30 juta orang.

“(Kehadiran dalam) perhimpunan BERSIH tidak sampai satu peratus pun dari masyarakat dan ia benar-benar tidak menunjukkan apa itu Malaysia,” katanya dipetik Malaysiakini.

Azalina dalam pada itu juga menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya perhimpunan tersebut dijadikan acara tahunan di Pulau Pinang.

“Tolonglah buat di Pulau Pinang, saya lagi gembira dan mungkin boleh jadi sebahagian dari acara tahunan melawat Pulau Pinang,” katanya lagi.


Perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lalu, bandaraya Kuala Lumpur di sekitar Dataran Merdeka dn Masjid India dipenuhi peserta perhimpunan berbaju kuning. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Azlina,makcik nasihat supaya kita sbg seorg wanita lebih bersopan dlm bérhujah,Dan menjaga tingkah laku untuk mencerminkan sifat seorang yg solehah.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "