Wan Raja Dan Yaya Maembong Kongsi Cerita Jadi Sasaran Lanun Semasa Berbulan Madu
Setiap pasangan yang ingin atau pergi berbulan madu pasti inginkan suasana romantik dan kenangan manis untuk diingat selamanya bersama selepas sah bergelar suami dan isteri.
Tetapi tidak semua keadaan berbulan madu itu indah apabila ia diceritakan sendiri oleh pasangan Wan Raja dan Yaya Maembong yang melalui pengalaman cemas dan ngeri di mana ia menjadi satu kenangan pahit untuk mereka selepas berbulan madu di Pulau Mabul, Sabah, Februari lalu.
Memetik laporan portal mStar Online, Wan Raja memberitahu perkara tersebut berlaku selepas ramai penduduk di pulau itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon dan perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.
“Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun. Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis”
“Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami,” jelasnya lagi.
Setelah mengetahui keadaan berkenaan, Wan Raja dan Yaya Meambong telah mengambil keputusan untuk menamatkan bulan madu mereka lebih awal bangi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Wan pada yang merupakan pelakon drama bersiri 'Teman Lelaki Upahan' melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berusaha keras membanteras jenayah lanun di pulau pelancongan tersebut. - Siakapkeli.my