Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Sultan Johor Tidak Benarkan Najib Mendarat Di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Adalah Palsu

11 Ogo 2015
One Comment


Semalam tersebar di laman sosial beberapa keping gambar dimana dikatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibanarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, yang kononnya atas titah Sultan Johor.

Status dan gambar ini dimuatnaik oleh individu tidak bertanggungjawab yang dikatakan cuba melagakan Najib dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Cerita sebenar di sebalik gambar tersebut adalah Najib menggunakan kereta bernombor pendaftaran Singapura kerana beliau telah datang dari negara jiran tersebut.

Selepas sampai ke sana dan mepunyai aturcara tersendiri sebelum bergerak ke Johor untuk perasmian mesyuarat Umno bahagian Pasir Gudang pada pagi Ahad dengan menaiki kereta dari singapura.

Selepas selesai majlis berkenaan beliau telah kembali semula ke Singapura itu untuk program rasmi yang turut dihadiri para pemimpin negara Asean.


Selain itu, status Najib di laman Facebook miliknya turut mengesahkan hal berkenaan.


Saya hadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura petang tadi bersama pemimpin serantau yang lain. Saya yakin hubungan kerjasama antara Malaysia dan Singapura akan terus kukuh dan rapat.
Posted by Najib Razak on Sunday, August 9, 2015


DYMM Sultan Johor mencemar duli menghadiri Hari Kebangsaan Singapura hari ini. Bersama Tuanku sebentar tadi.
Posted by Najib Razak on Sunday, August 9, 2015

BACA: Bukan MBI Yang Menyepahkan Makanan Perniaga Ini Seperti Yang Diviralkan - Saksi

BACA: Isu Gambar Penjaja vs MBI : Saya Mohon Maaf - Pelajar

Apapun dilihat sejak kebelakangan ini semakin banyak gambar-gambar yang disebarkan dan fakta sebenar kejadian diputar belik seperti yang berlaku sebelum ini pegawai Majlis Bandaraya Ipoh difitnah kononnya menganiayai peniaga kecil di depan sebuah hospital di Ipoh tetapi sedangkan fakta kejadian peniaga tersebut yang menajtuhkan barang perniagaannya sendiri sebagai tanda protes. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "