PAS hari ini telah melahirkan rasa kesal dengan tindakan peserta BERSIH 4 yandidakwa telah memijak gambar Presiden Parti Islam berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Memetik laporan Astro Awani, kekecewaan ini disampaikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di mana tindakan berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia diliaht menghina Abdul Hadi.
"Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah.
"Bukan setakat pemimpin PAS, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan UMNO atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya.
Beliau mengulas sedemikian ketika ditanya wartawan mengenai gamabr yang tersebar di media sosial di mana mereka mendakwa peserta BERSIH 4 memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berpelukan.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata penyertaan peserta Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini berkurangan apabila PAS tidak terlibat secara aktif berbanding beberapa siri perhimpunan itu sebelum ini.
"Tapi pendirian PAS, kita tak arah dan tidak larang (anggota parti untuk sertai Bersih 4). Mereka (anggota parti) yang pergi atas (kapasiti) individu, bukan atas (arahan) parti," katanya.
PAS menarik diri daripada menyertai perhimpunan berkenaan selepas memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini. - Siakapkeli.my