Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO & GAMBAR: Pesawat "Hawker Hunter" Terhempas Ditengah Jalan Raya Yang Sibuk

24 Ogo 2015
No Comment


London - Seramai 11 orang dipercayai telah terkorban selepas pesawat vintaj milik tentera telah terhempas di tengah jalan raya yang sibuk berhampiran kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England, kata polis, semalam.

Tujuh kematian telah disahkan selepas Hunter Hawker terhempas dimana ia pesawat berkenaan mula dibangunkan pada tahun 1950-an itu telah gagal membuat pusingan gelungan dan terhempas ke dalam lalu lintas bersebelahan dengan pertunjukan udara Shoreham berhampiran Brighton pada Sabtu lalu.

Kemalangan itu menyebabkan satu letupan kuat yang menyebabkan awan tebal yang dihasilkan oleh asap tebal yang terhasil selepas pesawat berkenaan terhempas di mana beberapa buah kenderaan di atas jalan dilihat turut dijilat api.







Juruterbang Hunter Hawker berkenaan yang bekerja untuk British Airways kini berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Pada sidang akhbar, Steve Barry, Timbalan ketua Polis Sussex, menyifatkan apa yang berlaku sebagai "satu insiden trauma dengan besar".

"Kami kini telah mengenal pasti 11 orang mangsa yang terkorban di mana kebanyakan telah meninggal semasa kejadian kerana dimakan api," kata Barry, sambil menambah bahawa jumlah kematian boleh meningkat lagi.

Polis dan penyiasat kemalangan masih berada di tempat kejadian dalam mencari algi malumat dan mangsa di sebalik bangkai pesawat dan kereta yang hangus.

Berdasarkan laporan DailyMail, antara mereka yang terkorban adalah seorang pengantin yang dalam perjalanan mengambil pengantin perempuan untuk majlis perkahwinan mereka pada hari tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "