Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UMNO Akan Pertimbang Resolusi 191 Bahagian Untuk Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin

24 Ogo 2015
One Comment

KOTA KINABALU: Ibu pejabat UMNO dilaporkan akan mengakaji resolusi yang dikemukan oleh 191 bahagian yang menggesa mengmabil tindakan disiplin kepada Timbalan Presiden, Tan Seri Muhyiddin Yassin berikutakn tindakan beliau yang kini dilihat sering mengkritik kepimpinan Najib melalui ucapannya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak ibu pejabat akan mengkaji semua resolusi ini dan akan dibentangkan kepada Majlis Tertinggi(MT) UMNO sebaik sehaja semua mesyuarat tahunan selesai.

"Kami perlu meneliti resolusi pertama. Jika terdapat asas kepada isu yang dibangkitkan bahagian tertentu, kami akan bertindak sewajarnya," 

"Proses sama akan dilakukan terhadap resolusi yang dikemukakan Umno Bahagian Penampang dan jika kami mendapati perkara dibangkit Penampang sah, kami akan mengemukakan perkara itu kepada jawatankuasa disiplin," kata Tengku Adnan.
 
Sebelum ini Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap Muhyiddin di mana mereka sebulat suara membaut keputusan mengatakan beliau gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.

UMNO Bahagian berkenaan juga berkata Timbalan Presiden berkenaan telah melanggar Perkara 20.8 Perlembagaan parti dalam ucapannya semasa mesyuarat bahagian di Cheras, Pagoh, Kemaman, Kluang dan Semporna di mana perkataan yang dikeluarkan bersifat negatif dan boleh menjejaskan parti. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. kerajaan takut dikritik? no room for democracy when you're promoting them? wtf umno?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "