Tiada Transaksi Tunai Di 5 Plaza Tol PLUS Mulai 9 September Depan
Sistem kutipan tol secara elektronik akan dilakukan sepenuhnya di lima plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), bermula 9 September depan.
Ia akan membabitkan plaza tol di utara iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (di Lebuhraya Utara-Selatan) serta Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya Ekspressway Butterworth-Kulim BKE).
Memetik kenyataan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, kesemua transaksi di lima plaza tol itu akan menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau SmartTAG.
“Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan kelima-lima plaza tol berkenaan digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.
“Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di ke semua plaza tol terbabit mulai sekarang sehingga 31 Disember yang akan datang,” demikian menurut kenyataan. -Siakapkeli.my
Berita asal The Rakyat Post.
harap tiada kerosakkan pada mesin nanti lagi jem ada la...ditambah dgn kemahalan tol
BalasPadam