Siapa Kata Haiwan Peliharaan Tak Boleh Buat Pembedahan Kosmetik?
Nampaknya demam pembedahan plastik atau kosmetik bukan sahaja melanda manusia.
Kini, trend yang popular di Korea itu mula terkenal di kalangan haiwan peliharaan seperti anjing.
Meskipun ia dikritik oleh sesetengah pihak, nampaknya ia masih mendapat permintaan di kalangan mereka yang membela haiwan dan mahu ia kelihatan lebih menarik.
Contohnya anjing ini. Gambar di sebelah kiri merupakan rupa asalnya sebelum dilakukan pembedahan kosmetik ke atasnya, seperti di gambar sebelah kanan.
Jika diperhatikan secara teliti, hanya bahagian kelopak mata sahaja dilakukan pembedahan, dengan sedikit pembesaran saiz.
Rata-rata pemilik haiwan akan melakukan pembedahan dari segi menaikkan telinga, botoks, mata dan membuang kedut.
Dikatakan harga permulaan bagi pembedahan kosmetik haiwan peliharaan ini bermula dengan kos minimum $60 dan boleh mencecah ratusan dolar. -Siakapkeli.my