Tiga Anggota Bomba Cedera Apabila Jentera Dinaiki Selepas Operasi Memadam Kebakaran Terbabas
NIBONG TEBAL: Sebuah jentera milik Jabatan Bomba Dan Penyelamat dari balai Sungai Bakap telah terbabas dan terbalik menyebabkan tiga anggota telah cedera.
Dua daripada tiga anggota tersebut dilaporkan pengsan akibat berlaku hentakan semasa jentera berkenaan terbalik dan merentangi jalan di Jalan Tanjung Berembang menghala ke Sungai Udang, pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 apgi itum jentera berkenaan yang dinaiki lima pegawai baru sahaja selesai melakukan operai memadam api dalam satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah stor tidak ajuh dari lokasi kemalangan.
Pihak bomba dimaklumkan tentang kejadia berkenaan 5 minit selepas kejadian dan menghantar bantuan dengan segera.
"Jentera yang dalam perjalanan pulang selepas membantu memadam kebakaran itu membawa empat anggota dan seorang pegawai.
"Tiga daripada mereka cedera, termasuk dua pengsan dan mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya dipetik dari Harian Metro. - Siakapkeli.my