Tiada Kompromi Bagi Media Memutar Belit Fakta - Zahid Hamidi
BAYAN BARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada hari ini memberi amaran kepada pengamal media agar tidak memutar belit fakta dan menabur fitnah terutamanya di media sosial.
Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap dalang penyebaran fitnah berikutan terdapat dakwaan bahawa kerajaan akan menyekat penggunaan media sosial mulai selasa ini.
“Tiada kompromi bagi mana-mana media yang bertindak memutar belit fakta di bawah pimpinan saya,” kata Ahmad Zahid memetik laporan Astro Awani.
Ahmad Zahid Hamidi juga turut mengarahkan pihak polis menyiasat dakwaan tersebut dan meminta agar pihak yang menyebarkan fitnah itu menarik balik kenyataan tidak berasas itu.
"Jangan buat fitnah bodoh, laman sosial atau sebarang portal berita adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ... jangan rosakkan nama seolah-olah saya tidak faham perundangan atau bertujuan untuk semua pengendali media membenci saya," katanya. - Siakapkeli.my