Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPAD Umum Tamat Perkhidmatan Bas Ekspres Jarak Jauh Di Stesen Pudu Raya Akhir Tahun Ini

14 Ogo 2015


KUALA LUMPUR: Kesemua perkhidmatan bas ekspres jarak jauh yang selama ini dikendalikan di Stesen Pudu Raya akan dihentikan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini.

pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah itu diambil untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan sekitarnya pada waktu puncak.


“Kita mendapati timbul pelbagai masalah seperti berlaku kesesakan dan bas ekspres jenis dua tingkat juga tidak dapat memasuki ruang pengambilan penumpang kerana laluan keluar masuk yang agak sempit.

“Jadi untuk mengatasi kesulitan itu, kesemua perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ini akan dipindahkan ke TBS-BTS (Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan) secara berperingkat,” katanya.

Menurutnya lagi, Stesen Pudu Raya hanya beroperasi bagi tujuan perkhidmatan bas ekspres jarak dekat.

“Bas jarak dekat masih lagi ada (di Pudu Sentral). Notis pemindahan ke TBS-BTS ini sebaliknya hanya melibatkan semua operasi bas ekspres jarak jauh,” jelas beliau.

“Pengusaha perkhidmatan bas ekspres sudah dimaklumkan mengenai notis pemindahan tersebut. Saya rasa tidak timbul isu kerana TBS-BTS mampu menampung banyak bas dalam satu-satu masa,” katanya lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "