Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPAD Sita 12 Ulat Teksi Beroperasi Guna Aplikasi Grab Car & Uber

7 Ogo 2015
Antara kereta yang disita oleh SPAD hasil ops Tegas semalam. Foto : Facebook SPAD
Kuala Lumpur, 7 Ogos - Dalam usaha memerangi perkhidmatan teksi haram, SPAD telah mengadakan Ops Tegas (Grab Car dan Uber) di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya, Puchong, Bangsar dan Subang semalam.

Hasil dari operasi itu, sebanyak 12 buah kenderaan telah ditahan termasuklah 4 buah Perodua Myvi, sebuah Toyota Camry, sebuah Honda City dan sebuah Hyundai Elantra.

Kesemua kenderaan itu ditahan kerana tidak mempunyai Lesen Pengendali dalam melaksanan perkhidmatan kenderaan awam. Difahamkan 11 dari kenderaan yang ditahan menggunakan aplikasi Grab Car manakala sebuah lagi menggunakan Uber.

Memetik satu posting di laman Facebook rasmi SPAD, kesemua kenderaan itu disita sebelum dibawa ke mahkamah. - Siakapkeli.my


Satu Ops Tegas (Grab Car dan Uber) telah diadakan oleh Penguatkuasaan S.P.A.D sekitar Sunway, Times Square, Damansara,...
Posted by Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD on Thursday, 6 August 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "