Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Penumpang Indonesia Bawa 54 Penumpang Hilang

16 Ogo 2015


Jakarta, Indonesia - Sebuah pesawat yang membawa 54 penumpang dilaporkan hilang pada Ahad setelah terputus hubungan ketika terbang di dalam cuaca buruk.

Pesawat Trigana Air Service itu dilaporkan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura menuju ke Oksobil, Papua. Menurut laporan, pesawat itu hilang ketika terbang di kawasan udara Papua.



Pesawat tersebut membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak beserta bayi, dan lima kru.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sentani pada 14:21 dan terputus hubungan pada 14:55 (0600 GMT).

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata mengesahkan kejadian memetik laporan BBC.

"Cuaca sangat teruk di sana, sangat gelap dan mendung. Ia tidak kondusif untuk carian. Kawasan itu adalah kawasan pergunungan", katanya sambil menambah operasi mencari akan disambung pada Isnin pagi. - Siakapkeli.my

Sumber : aljazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "