Jakarta, Indonesia - Pesawat Trigana Air Service, TGN267 yang dilaporkan terputus hubungan hari ini dijumpai terhempas di daerah Okbape, Papua, lapor pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia memetik laporan Rt.com
Pesawat tersebut membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak beserta bayi, dan lima kru.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sentani pada 14:21 dan terputus hubungan pada 14:55 (0600 GMT).
"Masyarakat sempat melihat pesawat terbang rendah dan bunyi dentuman hebat di lokasi tersebut. Saat ini masyarakat juga ikut membantu ke lokasi jatuhnya pesawat," ujar Josep, warga tempatan di Oksibil memetik laporan Liputan6.
Lokasi pesawat itu berjaya dikesan dengan bantuan maklumat dari warga tempatan - Siakapkeli.my
[Kemaskini]
Okbape, 280km dari Jayapura adalah satu kawasan terpencil dan bergunung, menyebabkan operasi pencarian menjadi sukar.
Cuaca buruk dipercayai menjadi punca nahas pesawat terbabit.
Sebuah pesawat yang dihantar untuk mencari TGN267 terpaksa berpatah balik kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Setakat ini keadaan penumpang di dalam pesawat masih belum diketahui.