Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Low Yat 2 Bakal Dibuka, Beri Peluang Kepada Peniaga Melayu Sahaja

11 Ogo 2015



KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan sebuah lagi pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai Plaza Low Yat dibuka.

Low Yat 2 itu dikatakan bakal dibina di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Raja Laut.

Malah Ismail juga mensasarkan seratus peratus golongan peniaga dari kaum Melayu untuk pusat jualan yang baru itu.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail berkata dengan wujudnya sebuah lagi pusat jualan berkenaan akan dapat memenuhi keperluan orang ramai dan mengurangkan tumpuan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang itu.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "