Almy Nadia Hanya Tergelak Lihat Gambar Kononnya Perbualan Fizz Fairuz Tengah Menggatal
Hari ini, Pelakon Fizz Fairuz telah dikaitkan dengan isu menggoda seorang wanita baru di mana keratan "screenshot" perbulannya melalui applikasi WeChat dengan artis baru berkenaan tersebar.'
Namun Fizz Fairuz terus bertindak dengan menafikan perkara berkenaan selain menegaskan bahawa akaun tersebut bukanlah miliknya
“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu”
“Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya. Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal”
“Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini,” jelasnya dipetik dari Portal Rotikaya.
BACA: Fizz Fairuz Tak Serik, Didakwa Cuba Goda Pelakon Baru Fara Mendoza
Menurut isteri Fizz pula, Almy Nadia memberitahu bahawa dia hanya tergelak melihat gambar-gambar tersebut tersebar selain itu dia meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat kesimpulan dengan zaman teknologi sekarang apa pun boleh dilakukan untuk menjatuhkan maruah orang. - Siakapkeli.my