Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tanggung Malu Akibat Ketumbuhan Selepas 11 Tahun Tindik Telinga

11 Ogo 2015


NEW YORK: Jangan pandang enteng dengan tabiat suka menindik di bahagian badan kerana ia sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan.

Andrew Roberts, kini terpaksa menerima hakikat bahawa hidupnya berubah selepas kedua-dua telinganya ditumbuhi tumor atau keloid, hanya selepas 11 tahun dia menindik bahagian itu.


Keloid Andrew semakin hari semakin membesar dan kos untuk membuangnya dianggarkan lebih daripada $30,000 dolar.

Dia pernah menjalani pembedahan namun keloid itu tetap membesar.

Radiasi juga diperlukan bagi memecahkan keloid berkenaan.

Keadaan ini memberikan kesan yang cukup besar kepada saya dan ada kalanya saya berputus asa.

“Saya terpaksa memakai penutup kepala ketika keluar rumah, jika tidak orang ramai akan memandang saya dengan perasaan pelik. Malah ada yang ketawa pada saya,’’ katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "