Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Amaran (Kategori Kedua) Ribut Petir Dan Laut Bergelora Di Beberapa Negeri Di Seluruh Malaysia

11 Ogo 2015
No Comment



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui  Jabatan Meteorologi Malaysia (Met malaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran berlakunya ribut petir dan laut bergelora di beberapa negeri di seluruh Malaysia.

Dua amaran dikeluarkan hari ini oleh Met Malaysia di mana amaran kategori pertama dikeluarkan melibatkan kawasan WP Labuan & Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga Rabu, 12 Ogos 2015.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Manakala amaran ribut petir kategori kedua telah dikeluarkan kira-kira jam 11:52pagi tadi melibatkan kawasan perairan Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka dan Johor dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 11 Ogos 2015.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


Untuk aktiviti perkapalan (Kategori kedua) semua aktiviti bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut adalah dinasiahtkan tidak dilakukan kerana angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu, 12 Ogos 2015.

Manakalah aktiviti perkapalan di Labuan & Sulu amaran kategori pertama dikeluarkan dimana dijangka angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Labuan & Sulu dijangka berterusan sehingga Rabu, 12 Ogos 2015.


Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Amaran ribut petir menyeluruh juga telah dikemaskini pada jam 1:49 tengahari dimana ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka dan Phuket dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 11 Ogos 2015.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "