Letupan Tianjan : China Tutup 50 Laman Web Sebar Berita Palsu
BEIJING - 50 laman web yang menyebarkan maklumat palsu mengenai letupan di Tianjin ditutup oleh kerajaan China.
Satu kenyataan dari Cyberspace Administration of China menyebut 50 laman web yang menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat yang tidak sahih telah ditutup oleh kerajaan China.
Antara maklumat tidak sahih yang disebarkan adalah angka kematian mencapai 1000 orang dan pentadir kerajaan di Tianjin bertukar selepas letupan.
Dalam laporan lain, seorang pengguna media sosial dipenjara selama 5 hari kerana menyiarkan maklumat palsu angka kematian akibat letupan. - Siakapkeli.my