Janin Kembar Yang Dijumpai Di Sebuah Surau Di Terengganu Hanyalah Janin Kucing
KUALA TERENGGANU: Berikutan penemuan sepasang janin kembar surau di Durian Burung,di sini petang semalam, pihak polis mengesahkan ia hanyalah janin kucing.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuktikan ia bukan janin manusia.
BACA: Janin Kembar Ditemui Dalam Tandas Surau
Berikutan itu, pihak polis mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang gambar berkaitan dengan kejadian berkenaan.
Untuk menyebar sebarang maklumat orang ramai hendaklah meminta pengesahkan pihak polis terlebih dahulu sebelum memviralkannya di laman sosial.
"Bagi kami siasat terlebih dahulu dan dapatkan maklumat selengkapnya," katanya. - Siakapkeli.my