Untuk mangabadikan cinta dan memenuhi hasrat mendiang isterinya yang meninggal kerana menghidapi kanser, seorang lelaki telah bertindak mewujudkan ladang bunga matahari seluas 400 ekar di Eau Claire, Winsconsin.
Isterinya Babbette Jaquish yang meninggal pada November tahun lalu dikatakan amat menyukai bunga matahari sehingga digelar sebagai ‘Wanita Bunga Matahari’ oleh penduduk di tempatnya.
Sebelum meninggal, Babbette pernah menyimpan hasrat untuk membina ladang bunga matahari dan menjual benihnya dan menyumbangkan hasil jualan itu kepada pusat penyelidikan penyakit kanser.
Namun hasrat itu tidak kesampaian membuatkan sumainya, Don Jaquish telah mengambil alih cita-cita isterinya itu dan jadikannya satu realiti.
Don telah menanam bunga berkenaan diatas tanah seluas 400 ekar di sepanjang lebuh raya 85 Winsconsi di Eau Claire sekali gus berjaya membuka syarikat yang bernama Babbette’s Seed Of Hopes.
“Semua orang yang bertemu dengan Babbette akan jatuh cinta padanya. Saya sangat bertuah kerana menjadi lelaki yang dia cintakan,” kata Don. - Siakapkeli.my