"Kerana Nak Halalkan Tuduhan Terhadap Najib, Saya Dituduh Buat Perkara Sama" - Dr Mahathir
Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan tindakan menuduhnya turut menerima wang ke akaun peribadi adalah salah satu usaha bagi menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya untuk PRU-14.
Menerusi blognya, Chedet.cc, Dr Mahathir berkata tuduhan itu tidak berasas dan fitnah semata-mata.
"Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-14, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.", tulis beliau hari ini.
Dalam penulisan yang sama, Dr. Mahathir turut menyatakan kesediaannya untuk disiasat berkenaan perkara terbabit.
"Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya", katanya.
Dalam artikel yang mempunyai 17 point itu juga, Dr. Mahathir menjelaskan secara terperinci tentang perjalanan wang sebanyak RM20,000 yang pernah diterima olehnya untuk digunakan bagi PRU 1964 dan 1969. - Siakapkeli.my
Kenyataan penuh : Chedet.cc : Akaun Peribadi