KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Air Terjun Serendah, petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Fahmi Ahmad Kadir.
Kejadian itu disedari bapa mangsa yang sebelum itu memerhatikan anaknya mandi bersama dua sepupunya yang lain.
"Kira-kira sejam kemudian, bapa mangsa menyedari anaknya telah tiada.
"Hasil bantuan orang ramai, mangsa berjaya dikesan tidak jauh dari tempat dia dikatakan lemas.
"Bagaimanapun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernafas," katanya memetik Astro Awani. -Siakapkeli.my