Reezal Tawar Jadi Penjamin Tiada Maklumat 1MDB Disorok
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertegas mustahil kerajaan cuba melindungi apa-apa maklumat tentang siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malah bagi meyakinkan ramai pihak, Reezal 'tampil' mahu menjadi penjamin untuk memastikan tidak ada yang meragukan dalam hal itu.
Malah maklumat yang diterima semua ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sama, tegasnya.
"Saya boleh beri keyakinan atas dasar transparency ini bahawa tidak mungkin ada sedikit pun ruang untuk berlaku penutupan covering up untuk isu sensitif seperti 1MDB ini, sebab bila mana laporan audit dibentangkan secara interim baru-baru ini, semua ketahui saya ketahui tapi 'the amount of knowledge' sama dengan parti pembangkang ketahui."
"Maknanya, kebenaran berkaitan siasatan pasti diketahui ia tak mungkin dapat disembunyikan kerana strukutur berlakunya secara terbuka dan fast tract, dan saya bagi jaminan kalau ada sebarang bentuk cubaan saya akan jadi garentor walaupun saya bukan lagi ahli PAC sebab saya ada knowledge."
"Saya akan pastikan tidak ada penyelewengan maklumat yang dibentangkan setakat mana yang saya dimaklumkan," katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.
Reezal memberi reaksi terhadap pelantikan empat ahli PAC yang menganggotai barisan Kabinet yang baru menerusi rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, minggu lalu.
Selain Reezal Merican, tiga lagi anggota PAC yang dilantik menganggotai Kabinet ialah bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains Teknologi dan Invovasi. -Siakapkeli.my