Kerajaan Jamin Keadaan Ekonomi Semasa Tidak Membebankan Rakyat
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memberi jaminan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang tidak akan membebankan rakyat.
Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dimana beberapa langkah pembaharuan yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi.
Keadaan ini dibuktikan apabila kedudukan ekonomi Malaysia kini lebih kukuh berbanding ketika negara berdepan dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
"Antara pembaharuan yang dilakukan adalah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang antara lain bertujuan mengurangkan kadar fiskal defisit negara," katanya dipetik dari Berita Harian ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Perbendaharaan Malaysia di sini, sebentar tadi - Siakapkeli.my