Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Muda Ini Ambil Susu Badannya Untuk Dijadikan Sabun Sebagai Hadiah Kepada Rakan-Rakan

24 Ogo 2015
No Comment


Seorang ibu muda telah menghasilkan sabun menggunakan susu badannya sebagai hadiah kepada rakan-rakannya sebagai tanda menghargai persahabatan mereka,

Beliau yang dikenali sebagai Qi mempunyai seorang anak berumur empat bulan telah memerah lebihan susu badannya untuk menghasilkan sabun tersebut,

Dia dikatakan telah mula memerah susu badannya pada 20 Ogos lalu selama 10 hari yang membolehkan dia mendapatkan kira-kira 10 liter susu menggunakan alat khas yang dibelinya.


Dia telah memperlajari bagaimana carai-cara untuk menghasilkan sabun dengan melayari internet dan dengan 10 liter susu badannya itu beliau berjaya menghasilkan kira-kira 110 bar sabun yang berbentuk bunga, hati dan Hello Kitty.

Menurutnya yang memuatnaik gambar berkenaan ke laman soial, sabun berkenaan bukan sahaja menandakan dia kini bergelar seorang ibu malahan pada masa yang sama ia adalahs alah satu ahdiah yang unik daripadanya untuk kawan-kawan.

“Ia merupakan hadiah paling unik yang pernah saya terima dan sabun ini juga menjadikan kulit saya lembut serta cantik secara semula jadi,’’kata salah seorang rakan Qi.


Bagaimanapun tindakannya itu mendapat perhatian seorang Pengarah pemakanan di sebuah universiti, Dongrui Qing, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum menggunakan sabun dari susu badan.

“Memandangkan susu badan merupakan cecair dari badan, maka ia boleh dengan mudah membawa penyakit bawaan darah. Ibu terbabit juga perlu sihat dan tidak mempunyai rekod penyakit agar ia tidak mengganggu kualiti susu badannya.

“Wanita mengandung dan kanak-kanak pula dilarang menggunakan susu ini kerana mereka mudah terdedah kepada penyakit berjangkit,’’ katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "