Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Dan Teman Lelaki Ditahan Disyaki Dera Kanak-Kanak Hingga Maut

4 Ogo 2015




KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan pihak polis semalam bagi membantu siasatan seorang kanak-kanak lelaki yang maut akibat didera.

Mangsa dipercayai didera oleh teman lelaki wanita itu yang juga ibunya.

Mangsa yang berusia tujuh tahun pada mulanya dihantar ke hospital oleh ibunya selepas mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa cuba diberikan bantuan pernafasan oleh doktor namun meninggal dunia pada jam 9.40 malam.

"Pemeriksaan pada badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan merah pada bahagian kemaluannya serta luka lama pada bahagian kiri pinggang.

"Selain itu, terdapat kesan merah pada bahagian kiri dan kanan tangan serta muka mangsa," katanya memetik Berita Harian.

Kedua-dua individu itu ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "