Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hadi Saran Ahli-Ahli PAS Tidak Sertai Demonstrasi Jalanan

4 Ogo 2015




KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS tidak perlu terikut-ikut dengan sikap sesetengah pihak yang membabitkan diri dengan keganasan dan bergaduh dengan pihak berkuasa, demikian tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Merujuk kepada Demontrasi #TangkapNajib yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu, ujar Hadi tindakan berkenaan akan mengundang lebih banyak keganasan sekiranya timbul provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," kata Hadi di dalam Perhimpunan Pihak 4.0 semalam.

Demonstrasi #TangkapNajib yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo akhirnya menyaksikan seramai 29 individu ditahan, namun sebahagiannya telah dibebaskan.

Sementara itu satu lagi himpunan besar-besaran anjuran NGO BERSIH akan diadakan hujung bulan ini sebagai protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "