Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Himpunan Bersih 4.0 Dibenar Dengan Bersyarat

12 Ogo 2015




KUALA LUMPUR: Himpunan bersih 4.0 yang bakal diadakan selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos depan dibenarkan, namun bersyarat, demikian menurut Timbalan ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Ia perlu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Sekiranya perhimpunan itu didapati mendatangkan gangguan kepada masyarakat, mengganggu lalu lintas atau diadakan dengan sengaja atas tujuan tertentu seperti menghasut orang ramai untuk jatuhkan kerajaan, kita akan bertindak," katanya memetik mStar, hari ini.

Memetik akta berkenaan, penganjur sesuatu acara perlu memberi notis penganjuran kepada polis paling lewat selama 10 hari sebelum tarikh berlangsung.

Perhimpunan juga dilarang diadakan dalam linkungan 50 meter dari tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.

Sementara itu Dataran Merdeka menjadi tumpuan utama Gerakan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi menjayakan himpunan yang keempat.

Berlangsung selama dua hari, BERSIH 4.0 akan bermula pada jam 2 petang 29 Ogos dan berakhir pada 11.59 malam 30 Ogos.

Sebelum berkumpul di Dataran Merdeka, kesemua peserta himpunan akan berarak dari lima lokasi berlainan iaitu Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank.

Seperti sebelum ini juga, BERSIH menuntut penambahbaikan institusi iaitu pilihan raya, kerajaan, hak membantah, kukuhkan demokrasi parlimen dan selamatkan ekonomi  -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "