Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Sepaket Milo Ibu Tunggal Dipenjara Tiga Hari Dan Denda

26 Ogo 2015
No Comment

KUALA LUMPUR: Gara-gara tindakan seorang ibu tunggal yang mencuri sepaket Milo yang beharga RM35.50 beberapa hari lalu, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM200 kepada ibu tunggal berkenaan.

Majistret Mohd Rehan Mohd Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Sri Mahera Aliyes, 31, selepas tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya.

Jika gagal membayar wang denda sebanyak RM200 wanita berkenaan akan berdepan hukuman penjara selama sebulan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa telah mencuri sepaket Milo seberat dua kilogram di sebuah pasaraya di Jalan Thambipillay, Brickfields jam 8 malam, 17 Ogos lalu.

Beliau telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "