Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fara Mendoza Akui Tersilap Langkah

16 Ogo 2015


Pelakon baharu, Fara Mendoza mengaku dia tersilap langkah memuat naik 'screen shot' perbualannya bersama Fizz Fairuz di aplikasi We Chat.

Tambah Fara, dia berharap agar perkara ini dapat ditamatkan dengan baik dan enggan memperbesarkan isu itu lagi.

"Saya akui membuat silap apabila membuat tindakan sebegitu. Walaupun dia tidak mengaku tetapi saya mempunyai bukti bahawa dia yang berbual dengan saya.

"Tetapi semua itu sudah tidak penting lagi, jika saya tunjukkan bukti tersebut, mungkin sesuatu yang lebih buruk akan terjadi kepada rumah tangga mereka.

"Lagipun, sekarang ramai yang menuding jari kepada saya. Jadi lebih saya berdiam diri," katanya memetik laporan dari Sinar Harian Online.

Kata Fara juga, dia sebenarnya takut jika isu itu memberi kesan terhadap perjalanan seninya.

"Saya masih baru, saya harap sangat orang di luar memberi peluang kepada saya.

"Kesilapan ini banyak memberikan pengajaran kepada saya, malah keluarga juga meminta saya supaya lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Fara menjelaskan dia membuang screen shot itu selepas dinasihati oleh rakannya, Emma Maembong yang menyedari perkara itu beberapa minit selepas itu dimuat naik.

Mengulas tentang perkenalannya dengan Fizz Fairuz, Fara berkata kali pertama dia bertemu dengan Fizz Fairuz di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa.

"Sebenarnya saya hanya kenal dia ketika menemani Emma ke lokasi penggambaran drama tersebut.

"Kebetulan pula Fizz juga berlakon menerusi drama itu. Tetapi saya tidak tahu daripada mana dia mendapatkan akaun We Chat saya," jelasnya.

Katanya, selepas memuat naik gambar itu, Fizz Fairuz telah menghubunginya dan meminta memadamkan status itu dengan segera.

"Semuanya sudah berlaku dan saya harap jangan menghakimi saya sahaja," katanya. - Siakapekeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "