Derma Sebanyak RM2.6 Bilion Ke Dalam Akaun Perdana Menteri Bukan Perbuatan Jenayah - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, hari ini mempertahankan tindakan penderma yang menderma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan tindakan itu bukanlah satu jenayah.
"Tiada undang-undang yang menghalang mana-mana parti politk di Malaysia menerima sumbangan daripada penyokong."
"Jadi, tiada persoalan berbangkit sama ada kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadi itu jenayah atau tidak," tegasnya.
Khairy berkata, sumbangan politik sedemikian turut diamalkan oelah semua orang ridak kira dari mana-mana parti politk.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma dan bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB. - Siakapkeli.my